Tiza mempunyai 3 cawangan di sekitar Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Setiap cawangan TIZA di berada dalam kawasan perumahan yang dikawal rapi oleh pihak sekuriti dan semestinya persekitaran yang bersih dan selamat.
Pelajar TIZA ditempatkan di cawangan yang berbeza berdasarkan umur pelajar. Setiap cawangan beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat.
Yang menariknya, cawangan TIZA juga menyediakan perkhidmatan Transit bagi pelajar tadika dan sekolah yang terbuka untuk orang awam.