HealthFlex
×
  • HOME
  • MEGAKLINIK
    • Cawangan Megaklinik Zahran
    • PASUKAN KAMI
    • WEBMAIL STAFF
  • PERKHIDMATAN
    • Perkhidmatan Yang Ditawarkan
    • PAKEJ PEMERIKSAAN KESIHATAN
    • PERKHIDMATAN ANTENATAL
    • PAKEJ KESIHATAN HAJI & UMRAH
    • MOBIL
    • PAKEJ AQIQAH CENTRE
    • PAKEJ HORMONE IMBALANCE
    • PAKEJ DRESSING
    • PAKEJ VAKSINASI
    • PERKHIDMATAN ULTRASOUND
    • PERKHIDMATAN KESIHATAN PEKERJAAN (OHS)
    • PAKEJ BERPANTANG IBU SURI
    • The Noor
    • ZAHRAN2U
    • ZAHRAN COVID 19 CENTRE
    • ZAHRAN INBODY
    • ZAHRAN TRAVEL KIT
    • ZAHRAN TRIO DRUG
  • BERITA & SEMASA
  • KERJAYA
  • HUBUNGI KAMI
    • PENDAFTARAN MELALUI TELEFON
  • FAQ

MAJLIS PERASMIAN KEMPEN COMEBACK STRONGER

06/02/2022News

BANGI, SELANGOR: Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) telah mengadakan Majlis Perasmian
Kempen Comeback Stronger dibawah Zahran Medical Tourism pada hari ini bertempat di Glass House,
Bangi Resort Hotel, Selangor. Majlis julung kali ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha
(Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YBrs. En. Mohd Zamri Bin Mat
Zain dan Ahli Lembaga Pengarah merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Megaklinik Zahran
(KMZ), YBhg. Dato’ Mohd Nafidz Bin Hj. Abd Razak. Majlis dihadiri oleh 80 tetamu jemputan
termasuk usahawan, selebriti dan penggiat seni tanah air.


Majlis ini adalah titik sejarah kolaborasi pertama KMZ bersama hotel tempatan dan
mensasarkan lebih banyak kolaborasi bersama hotel-hotel di Malaysia, selaras mesej “Comeback
Stronger”, Dato Nafidz mengajak lebih banyak sektor perhotelan bekerjasama dengan pihak KMZ bagi
menawarkan pakej-pakej hotel yang menarik ke arah medical tourism. Menerusi Zahran Medical
Tourism ini, KMZ menganggarkan untuk membawa masuk pelancong dan in-flow ke dalam Malaysia
menerusi, seterusnya membantu membangunkan semula ekonomi negara pasca Covid 19. Pada 2019,
Malaysia telah menjadi destinasi pilihan untuk rawatan kesihatan berikutan kemudahan akses, kualiti
perkhidmatan dan mampu milik. 60% daripada pelancong rata-rata adalah daripada Indonesia, diikuti
China, India dan rantau Asia Tenggara. Turut berlangsung adalah majlis menandatangani Memorandum
Persefahaman (MOU) antara Kumpulan Megaklinik Zahran dan Bangi Resort Hotel.


Pada hari tersebut juga, tetamu VIP, usahawan, selebriti dan penggiat seni tanah air dapat
menjalani pemeriksaan asas kesihatan dan inbody yang memberikan bacaan keadaan fizikal mereka
yang akan menjadi penanda aras untuk mencapai body goals 2022′. Perkhidmatan sebegini ditawarkan
secara mobile untuk pelanggan dan pelancong yang mengambil Pakej Zahran Medical Tourism di Bangi
Resort Hotel. Tetamu yang hadir juga diberikan pemeriksaan kesihatan serta konsultasi oleh doktor
perubatan dalam usaha KMZ memberikan kesedaran kepada awam. Turut serta dalam kerjasama ini
adalah Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, Universiti Putra Malaysia dalam misi memperkenalkan
pemeriksaan pelbagai sistem tubuh menggunakan mesin MRI, PET CT dan ultrasound.


KMZ melihat ruang yang besar selepas pasca pandemik Covid 19 ini, yang mana permintaan
pemeriksaan menjadi satu trend yang meningkat kerana semakin ramai masyarakat yang cakna
kesihatan. Pelbagai pakej saringan kesihatan menarik disediakan termasuk Pakej Pasca Covid 19 untuk
bekas pesakit Covid 19 yang ingin tahu tahap kesihatan mereka. Terdapat juga pemeriksaan kesihatan
menyeluruh termasuk kajian alergi, genetik, kanser dan pelbagai lagi. Melalui perkhidmatan ini, KMZ
mensasarkan bukan sahaja pesakit, tetapi pelanggan yang sihat yang ingin cakna tentang tahap
kesihatan diri masing – masing.


KUMPULAN MEGAKLINIK ZAHRAN (KMZ)
05 Februari 2022

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Related

Add Comment Cancel


KUMPULAN MEGAKLINIK ZAHRAN (HQ)

No. C-01-05, Plaza Paragon Point,

Jalan Medan Pusat Bandar 5,

Pusat Bandar Baru Bangi, Seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan

© 2022 KUMPULAN MEGAKLINIK ZAHRAN.
All Rights Reserved

Pautan Pintas

  • Cawangan Megaklinik Zahran
  • Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Terminologi Kesihatan
  • Yuran & Insurans
  • FAQ

Langgan Berita kami!

 

Loading Comments...