Megaklinik Zahran

Klinik Mega Pertama di Malaysia

Megaklinik Zahran adalah sebuah klinik berkonsep mega yang pertama di Malaysia yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dengan kelengkapan serba moden dan lengkap. Apa yang lebih membanggakan ianya 100% dibangunkan dan dimiliki oleh bumiputera.

Kedudukan Megaklinik Zahran yang strategik di tengah pusat pembangunan Bandar Baru Bangi memudahkan masyarakat sekitar mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan terbaik.

KLINIK MEGA PERTAMA

Bertepatan dengan konsep klinik mega, klinik ini dilengkapi dengan 5 bilik konsultasi perubatan, makmal perubatan yang serba canggih, bilik rawatan yang luas, farmasi, pengimejan xray dengan teknologi terkini

Selain itu ruang asma bay, ruang menyusu bayi, dan ruang menunggu di dalam dan diluar premis yang selesa sambil dilengkapi kafe minuman dan wifi.

Megaklinik Zahran menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan perubatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak setiap pelanggan.

Prasarana Terkini

Peralatan teknologi terkini dan semasa.

Megaklinik Zahran beroperasi selama 24 jam pada setiap hari. Lebih dari 300 buah syarikat yang setia mendapatkan perkhidmatan Megaklinik Zahran sebagai klinik panel.

Megaklinik Zahran  berusaha untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan dalam segenap aspek. Bermula daripada perkhidmatan kesihatan dan kelengkapan peralatan bantu diagnosis kepada kakitangan yang mesra dan keselesaan ruang menunggu di premis  Megaklinik Zahran.

Kami juga menyediakan saluran khusus buat pelanggan kami yang menghadapi sebarang kesulitan. Pasukan khidmat pelanggan sentiasa mencari ruang untuk membantu anda.

Dengan Keprihatinan, Kami Merawat Pesakit Kami

  • Megaklinik Zahran berusaha untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan dalam segenap aspek.

    Nafidz Abdul Razak Ketua Pegawai Operasi
  • Megaklinik Zahran dibarisi pasukan perubatan yang berpengalaman dan kakitangan klinikal yang prihatin dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang luar biasa.

    Dr. Ahmad Syukri Ketua Pegawai Perubatan
  • Daripada layanan pencegahan dan pemeriksaan, daripada imunisasi dan ujian, fokus utama pegawai perubatan kami adalah memastikan anda dan seluruh keluarga dalam keadaan sihat kuat setiap hari.

    Roserryna Mohd Rasedi Eksekutif Pemasaran & Perhubungan Luar