• Please Create a Menu
Talian Pendaftaran +(6017) 2572525
HealthFlex
×
  • HOME
  • MEGA KLINIK
    • Cawangan Megaklinik Zahran
    • PASUKAN KAMI
    • Tadika Islam Zahra Al Banna
    • WEBMAIL STAFF
  • PERKHIDMATAN
    • Perkhidmatan Yang Ditawarkan
    • PAKEJ PEMERIKSAAN KESIHATAN
    • PAKEJ IMUNISASI PNEUMOKOKAL
    • PAKEJ SCAN 2D & 3D
    • KLINIK ANTENATAL
  • SENARAI PANEL
  • BERITA TERKINI
  • KERJAYA
  • HUBUNGI KAMI
    • PENDAFTARAN MELALUI TELEFON
  • FAQ

PAKEJ KESIHATAN HAJI 2019

PAKEJ KESIHATAN HAJI 2019
2019-06-10admin77Uncategorized

Khas buat bakal Tetamu Allah

Dapatkan dengan harga berpatutan untuk kesihatan yang amat berharga

Firman Allah SWT: “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.”

(Surah Al-Imran, ayat 97)

Amat beruntung bagi mereka yang mendapat seruan untuk menunaikan ibadah haji oleh Yang Maha Esa. Peluang yang pasti tidak akan disia- siakan buat bakal tetamu Allah. Alangkah indahnya jika tubuh badan kita juga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera agar dapat beribadah dengan tenang dan gembira.

Kita usaha, doa dan tawakkal agar dipermudah urusan sepanjang ibadah.

Kini Megaklinik Zahran menawarkan harga Khas buat Bakal Tetamu Allah. Pakej Bermula RM89.00 untuk pemeriksaan kesihatan yang amat penting buat bakal jemaah.

Vaksin Wajib : Vaksin Meningokokal.

Vaksin Tambahan : Vaksin Influenza , Vaksin Pneumokokal

Jangan ragu- ragu untuk mendapatkan suntikan Vaksin Haji/Umrah, kerana sesungguhnya mengambil vaksin adakah Harus hukummnya.

Penyakit meningokokus di dalam bentuk radang otak atau jangkitan bakteria di dalam darah boleh membawa maut atau cacat kekal. Risiko penyebaran jangkitan meningokokus di kalangan jemaah Haji & Umrah di Tanah Suci semasa musim Haji & Umrah adalah tinggi kerana perhimpunan manusia yang begitu ramai dari pelbagai negara di satu tempat.

Sumber: Immunise4Life
Dapatkan suntikan vaksin Haji di semua cawangan Megaklinik Zahran. Mohon hubungi kami untuk memastikan stok vaksin sebelum hadir ke klinik.

Ingin kami hadir ke tempat anda?

Hantarkan maklumat syarikat dan bilangan bakal penerima vaksin untuk kami bantu membuat temujanji. Zahran Skuad Medik sedia membantu.

Hubungi kami di : 0389122524 /0172572525 atau emel di info@klinikzahran.my

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Related

Add Comment Cancel


Copyright ©2016 all rights reserved
Manufactured by Definite Security