MEET & GREET KOMUNITI SIHAT ZAHRAN
Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran (awareness) mengenai risiko- risiko kesihatan yang mungkin akan dialami oleh pesakit NCD (non-communicable diseases) dan pentingnya membuat pemantauan kesihatan secara berkala.
Program ini adalah terbuka untuk semua berkumpul, berkongsi pengalaman, dan mendapatkan sokongan daripada komuniti yang mempunyai penyakit yang sama atau yang ingin mendapatkan info kesihatan secara terus dengan doktor.
Pada masa yang sama turut diadakan pelbagai Aktiviti Ceramah Kesihatan, Siapa lebih Sihat Challenge, Pemeriksaan Kesihatan Dan Ujian Darah kepada 50 peserta terawal, Cabutan Bertuan, makanan disediakan dan Pelancaran buku NCD & Telegram Komuniti Sihat Zahran oleh Pengurus Kanan Klinikal & Operasi Megaklinik Zahran, Dr. Siti Noor Akmar Binti Ahmad.