ZAHRAN KONGSI REZEKI RAMADHAN – Kongsi Rezeqi, Lebih Diberkati
Sempena Ramadhan 2022 yang lalu, Kumpulan Megaklinik Zahran bergerak aktif dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat secara percuma dari aspek segi saringan kesihatan, keperluan ubat-ubatan, bantuan makanan dan sumbangan Aidilfitri kepada mereka yang memerlukan.
Lebih dari 100 orang kakitangan Kumpulan Megaklinik Zahran turut terlibat bagi menjayakan program ini. Selain itu, kesemua 13 cawangan Megaklinik Zahran turut terlibat menjalankan program ini dikawasan masing-masing agar agihan sumbangan tersebut dapat dilakukan secara meluas dan mencapai lebih ramai masyarakat yang memerlukan.
Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program Zahran Kongsi Rezeki ini berlangsung ialah bergotong-royong menyediakan bubur lambuk di Pusat Aktiviti Warga Emas, Tanjong Karang, Selangor dan bersama penduduk di mukim Gemas oleh Megaklinik Zahran Bandar Dato’ Onn, Johor. Selain itu, pemeriksaan kesihatan dan pemberian duit raya di Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang, Kuantan dan Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih.
Tidak ketinggalan kunjungan dan pemberian sumbangan ke rumah anak-anak yatim oleh Megaklinik Zahran Ampang, Megaklinik Zahran Alam Damai, Megaklinik Zahran Bukit Mertajam dan Megaklinik Zahran Cyberjaya.
Kesimpulanya, setiap cawangan Megaklinik Zahran sangat menyambut baik program ini selari dengan apa yang Dato’ Mohd Nafidz terapkan di dalam syarikat supaya seluruh warga Kumpulan Megaklinik Zahran dapat membantu lebih ramai masyarakat yang memerlukan di luar sana.