Megaklinik Zahran adalah sebuah klinik berkonsep mega yang pertama di Malaysia yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dengan kelengkapan serba moden dan lengkap. Apa yang lebih membanggakan ianya 100% dibangunkan dan dimiliki oleh bumiputera.
Kedudukan Megaklinik Zahran yang strategik di tengah pusat pembangunan Bandar Baru Bangi memudahkan masyarakat sekitar mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan terbaik.
Bertepatan dengan konsep klinik mega, klinik ini dilengkapi dengan 5 bilik konsultasi perubatan, makmal perubatan yang serba canggih, bilik rawatan yang luas, farmasi, pengimejan xray dengan teknologi terkini
Selain itu ruang asma bay, ruang menyusu bayi, dan ruang menunggu di dalam dan diluar premis yang selesa sambil dilengkapi kafe minuman dan wifi.
Megaklinik Zahran menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan perubatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak setiap pelanggan.