Frequently Asked Questions
Klinik pertama berkonsep mega yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami menyediakan fasiliti yang lengkap.
Megaklinik Zahran adalah hub tumpuan bagi keperluan kesihatan anda.
Pelbagai perkhidmatan ditawarkan seperti berikut:
Megaklinik Zahran menerima pembayaran secara TUNAI, DEBIT dan KREDIT serta mempunyai lebih 300 panel yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di klinik kami. (sila rujuk diruangan senarai panel)
Ya, megaklinik zahran beroperasi 24 jam setiap hari sepanjang tahun. Bagi musim perayaan dan cuti umum, kami masih beroperasi seperti biasa.
Megaklinik Zahran menyediakan semua jenis vaksin yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut jadual imunisasi kanak-kanak di bawah 2 tahun. Ini termasuklah vaksin hepatitis B, MMR dan Pentaxim/Pediacel (tetanus, diphtheria, pertussis, poliomyelitis, Haemophilus influenza type b).
Megaklinik Zahran juga menyediakan kemudahan vaksin tambahan iaitu rotavirus, pneumococcal, meningitis, dan Influenza.
Kemudahan vaksin ini termasuklah vaksin wajib bagi mengejakan haji/umrah dan vaksin-vaksin lain yang digalakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pelanggan boleh mendapatkan suntikan vaksin ini terus tanpa perlu membuat temujanji terlebih dahulu.
Namun begitu, adalah sangat digalakkan bagi pengunjung untuk menelefon terlebih dahulu bagi memastikan stok vaksin mencukupi.
Pembelian ubat secara terus bergantung kepada jenis ubat yang ingin dibeli. Pelanggan hanya boleh membeli ubat-ubatan yang tidak terkawal secara terus dari dispensari.
Bagi ubat-ubatan yang terkawal pesakit harus berjumpa dengan doktor terlebih dahulu atau membawa slip preskripsi dari doktor yang berlesen.
Megaklinik Zahran menyediakan perkhidmatan suntikan kepada para pelanggan.
Namun begitu, setiap pesakit harus berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum sebarang suntikan menggunakan ubat yang dibawa oleh pesakit diberikan.
Tidak. Pesakit tidak boleh menggunakan perkhidmatan melalui telefon bagi kes-kes kecemasan.
Ya. Megaklinik Zahran menyediakan perkhidmatan lengkap bagi pemeriksaan asas bakal jemaah haji & umrah.
Perkhidmatan ini termasuk ujian darah, saringan kesihatan, pengesahan laporan kesihatan buku haji dan suntikan vaksin WAJIB & vaksin tambahan. Kami memiliki bilangan doktor yang berdaftar dengan Tabung Haji bagi pemeriksaan haji. Temujanji Awal adalah amat digalakkan.