PAKEJ KESIHATAN HAJI & UMRAH

Sihat & Selesa untuk Beribadah

latest medi mabrur 1
latest medi mabrur

PEMERIKSAAN KESIHATAN HAJI DAN UMRAH/ MEDICAL CHECK UP HAJI DAN UMRAH 2024/1445h

Bakal jemaah haji dan umrah diwajibkan mengambil suntikan vaksin Meningococcal, dan digalakkan mengambil suntikan vaksin pilihan iaitu vaksin Influenza dan vaksin Pneumococcal. Berikut adalah maklumat lanjut tentang kedua-kedua kategori vaksin untuk rujukan bakal jemaah haji dan umrah di Kuala Lumpur dan Selangor.

 

VAKSIN WAJIB HAJI DAN UMRAH

Suntikan Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) ialah suntikan wajib untuk semua jemaah haji dan umrah, seperti yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Berikut adalah maklumat penting yang perlu diambil perhatian oleh setiap bakal jemaah:

• Perlu diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah
• Vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama dua (2) hingga lima (5) tahun

 

VAKSIN PILIHAN HAJI DAN UMRAH

Selain vaksin wajib, bakal jemaah haji dan umrah digalakkan mengambil suntikan vaksin pilihan untuk meningkatkan daya pertahanan badan, seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Vaksin Influenza

• Paling baik diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah
• Selamat diambil kecuali individu yang mempunyai alahan kepada telur
• Individu yang berumur 50 tahun ke atas atau individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, penyakit paru-paru, penyakit ginjal, dan penyakit endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini
• Vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama satu (1) tahun
• Disyorkan mengambil dos penggalak setahun sekali untuk mengekalkan daya imuniti

Vaksin Pneumococcal

• Paling baik diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah
• Individu yang berumur 50 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, penyakit paru-paru, penyakit ginjal, dan penyakit endokrin disarankan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang paru-paru yang serius disebabkan oleh bakteria
• Radang paru-paru merupakan penyakit utama dalam kalangan kanak-kanak dan warga tua di Tanah Suci Mekah
• Vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama lima (5) tahun

 


 

Langkah-langkah persediaan sebelum hadir ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan :

✅ Tidak perlu berpuasa

✅ Masa dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang sahaja

✅ Ujian makmal pemeriksaan kesihatan haji dan umrah di Megaklinik Zahran terbahagi kepada 3 iaitu :

  • Ujian Sel Darah Merah
  • Jenis Darah
  • Ujian Gula

Panduan Tempahan

Pelanggan boleh merujuk kepada senarai harga dan senarai klinik terdekat dan boleh menempah slot mengikut cawangan.

 

Jadual:

Cawangan Tempah
Megaklinik Zahran Seksyen 9, Bandar Baru Bangi Tempah di sini
Megaklinik Zahran Seksyen 7, Bandar Baru Bangi Tempah di sini
Megaklinik Zahran Bandar Baru Nilai Tempah di sini
Megaklinik Zahran Bandar Tun Hussein Onn Tempah di sini
Megaklinik Zahran Bandar Teknologi Kajang Tempah di sini
Megaklinik Zahran Ampang Tempah di sini
Megaklinik Zahran Cyberjaya Tempah di sini
Megaklinik Zahran Bandar Bukit Raja Tempah di sini
Megaklinik Zahran Bandar Dato Onn Tempah di sini
Open chat
1
WHATSAPP US NOW
Hii 👋
Boleh kami bantu?