Megaklinik

doctor background 16633

Megaklinik Zahran – Yang Pertama Di Mana-Mana

Berinspirasikan tagline "Yang Pertama Di Mana-Mana"

Megaklinik Zahran komited untuk menjadi peneraju dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan primer yang lengkap, berkualiti dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. Sejak diperkenalkan sebagai konsep megaklinik pertama di Malaysia, Megaklinik Zahran terus berkembang dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan di bawah satu bumbung, sejajar dengan keperluan pesakit masa kini.

Di Megaklinik Zahran, kami bukan sekadar menyediakan rawatan untuk penyakit, malah memberi penekanan kepada pencegahan, diagnosis awal, rawatan dan pemantauan kesihatan secara menyeluruh. Dengan pasukan doktor, jururawat dan kakitangan yang berpengalaman, setiap pesakit menerima layanan mesra serta penjagaan yang profesional.

Perkhidmatan Lengkap di Bawah Satu Bumbung

Megaklinik Zahran menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi memenuhi keperluan individu, keluarga dan organisasi, antaranya:

Konsultasi doktor & rawatan pesakit luar

Rawatan semi kecemasan

Saringan kesihatan (Medical Check-Up)

Kesihatan pekerjaan (OSH)

Telekonsultasi

Perkhidmatan klinik bergerak (Mobile Clinic)

Program CSR dan perkhidmatan korporat

Fasiliti Moden & Lengkap

Bagi memastikan proses diagnosis dan rawatan lebih pantas serta tepat, Megaklinik Zahran dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti:

Farmasi

Makmal ujian

Mesin ECG

Mesin X-Ray Digital

Mesin InBody

Bilik konsultasi

Bilik rawatan

Kaunter khidmat pelanggan yang mesra

Dengan gabungan perkhidmatan yang komprehensif, fasiliti moden dan komitmen terhadap kualiti penjagaan pesakit, Megaklinik Zahran terus berusaha menjadi pilihan utama masyarakat dalam mendapatkan rawatan kesihatan yang selesa, cepat dan diyakini. Itulah komitmen kami untuk sentiasa menjadi “Yang Pertama Di Mana-Mana.”

hhdhdeee

Visi & Misi

VISI

Megaklinik Zahran menjadi peneraju perubatan yang mempunyai 50 cawangan klinik serba lengkap dan moden berkonsep mega di seluruh Malaysia serta menawarkan perkhidmatan berkualiti yang menjadi pilihan utama menjelang 2027.

MISI

Mengutamakan kepuasan pelanggan dan diiktiraf, serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan moto:

“YANG PERTAMA DI MANA-MANA”