MEDICAL STANDBY / PERKHIDMATAN KECEMASAN – MEGAKLINIK ZAHRAN
Kenapa pentingnya Medical Standby / Perkhidmatan Kecemasan
untuk sesuatu program / aktiviti?
- Aktiviti sukan dan rekreasi sememangnya tidak dapat lari dari terdedah kepada pelbagai isu keselamatan sama ada sebelum, semasa dan juga selepas aktiviti.
- Penerapan amalan yang positif dapat menghindarkan dari berlakunya kejadian kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada peserta atau yang terlibat dalam sesuatu aktiviti.
- Amalan pengurusan risiko merupakan elemen yang amat penting dalam penganjuran mahupun pengurusan aktiviti sukan dan rekreasi.
- Elemen ini amat signifikan dalam meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dalam melahirkan warga masyarakat yang selamat di samping sihat dan cergas.
- Setiap aktiviti yang dianjurkan dan juga kemudahan yang disediakan seharusnya bebas dan selamat daripada sebarang insiden kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan sama ada secara langsung atau tidak.
MENGAPA ANDA MEMILIH KAMI?
✅ Pasukan kami adalah pasukan terlatih
✅ Harga yang berbaloi dengan perkhidmatan
✅ Kami boleh datang ke lokasi anda
✅ Maklum balas pertanyaan yang pantas
✅ Sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat
✅ Persediaan kelengkapan yang sesuai dan mencukupi