MAJLIS APRESIASI USAHAWAN PELESENAN KMZ
Kuala Lumpur, 18hb Januari 2022 – Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) telah mengadakan Majlis Apresiasi Usahawan Pelesenan Kumpulan Megaklinik Zahran pada hari ini yang berlokasi di Grand Hyatt Kuala Lumpur. Majlis gah ini dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Yang Berhormat Tan Sri Noh Bin Hj. Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), En. Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ), YBhg. Dato’ Mohd Nafidz Bin Hj. Abd Razak, 17 orang usahawan secara keseluruhan serta ramai lagi. Antara usahawan yang memilih jenama “Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ)” termasuklah Selebriti Radio Radin (Radio ERA), Syaheera A Rahman dan suami Fad Bocey, Tasha Manshahar dan suami Raqib Majid, Dr. Fitri Haris dan isteri, Safwan Nazri serta Kapten pemain Bola Sepak Razman Roslan dan isteri.
Program Pelesenan ini diwujudkan bagi mendokong visi dan misi Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) membantu kerajaan membangunkan ekonomi negara khususnya dalam bidang kesihatan dengan menyediakan fasiliti dan servis kesihatan dengan berkonsepkan Mega dan menyeluruh khas untuk seluruh lapisan masyarakat. Melalui program ini, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah memberikan dana kepada Pelesenan Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) dengan peruntukan maksimum RM 5 juta bagi sebuah klinik yang berkonsepkan Mega.
Pada tahun 2022, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) akan membuka 18 lagi cawangan selaras dengan Visi dan Misi Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) iaitu membuka 50 cawangan hingga tahun 2025 (VM50). VM50 mensasarkan 50 cawangan ini akan menjana ekonomi setempat yang bernilai RM100juta setahun. Harapan Ahli Lembaga Pengarah, merangkap Ketua Pegawai Operasi (COO) Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) adalah untuk “Memberikan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dengan motto “Yang Pertama Di Mana Mana” di samping dapat melahirkan ramai usahawan berjaya dengan business model Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) yang akan disumbang semula kepada masyarakat, bangsa dan agama” (YBhg. Dato’ Mohd Nafidz Bin Hj. Abdul Razak, 2022).
Pada hari ini, Majlis Apresiasi Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) ini diadakan bagi tujuan menghargai semua usahawan yang memberi sepenuh kepercayaan terhadap jenama “Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ)” di samping meraikan mereka yang bersama- sama mengembleng tenaga bagi memastikan nilai penjagaan kesihatan yang terbaik dapat disalurkan kepada semua masyarakat pelbagai lapisan di Seluruh Malaysia.
Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) yang merupakan pilihan klinik pesakit luar secara holistik ini telah menjadi perhatian ramai terutama ketika pandemik Covid-19 kerana menjadi klinik pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Covid-19 swasta yang lengkap bermula dengan Pusat Saringan Covid-19, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 swasta (PKRCs) kategori rendah dan juga Pusat Pemberian Vaksin Covid19 (PPV). Secawa wajarnya, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) akan terus berusaha dan memberikan sokongan, dorongan serta semangat kepada mereka yang terlibat disamping memastikan industri kesihatan terus berkembang pesat dan akan sentiasa bersemangat dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
KUMPULAN MEGAKLINIK ZAHRAN (KMZ)
18hb Januari 2022