Pakej Pemeriksaan Kesihatan Selepas Bersalin ialah sebahagian daripada pakej Antenatal di Zahran. Ini adalah pemeriksaan kesihatan yang memberi fokus kepada ibu dan bayi.
Pemeriksaan melalui Pakej ini sesuai dilakukan untuk ibu dan bayi selepas proses bersalin, terutamanya jika anda bimbang tentang isu atau keadaan kesihatan tertentu.
Pakej ini juga memberi anda peluang bijak untuk berbincang mengenai kebimbangan kesihatan dengan doktor Zahran dan juga untuk mendapatkan nasihat perubatan tentang meningkatkan dan mengekalkan gaya hidup sihat sewaktu berpantang.