Saringan kesihatan adalah cara yang amat efektif untuk mengesan sebarang penyakit atau masalah perubatan, meskipun tiada tanda-tanda yang kelihatan. Pengesanan awal akan memberi kita peluang terbaik untuk mengawal kesihatan kita, dengan mendapatkan rawatan yang sewajarnya pada waktu yang tepat.
Malangnya, kebanyakan orang cenderung untuk mendapatkan rawatan perubatan hanya apabila merasa tidak sihat. Pada masa itu, kemungkinan besar penyakit telah pun mengakibatkan kesan yang merosakkan pada badan.
Saringan kesihatan secara tetap boleh membantu orang ramai mengenal pasti sebarang isu kesihatan tersembunyi yang boleh memudaratkan badan.
Ia adalah ujian perubatan untuk mengesan sebarang kemungkinan penyakit/gangguan/jangkitan dalam seseorang yang mungkin ada atau tidak ada menunjukkan gejala.
Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan risiko penyakit atau merawatnya dengan lebih efektif. Saringan kesihatan bukanlah ujian diagnostik, tetapi ia digunakan untuk mengesan kewujudan atau ketidakwujudan penyakit.
Ujian termasuk pemeriksaan fungsi hati, paras urin, paras gula, tekanan darah, paras kolesterol dan sebagainya.
Dalam sesetengah keadaan, ujian tertentu juga akan dapat membantu individu untuk mengesan diabetes, kanser, masalah tulang, masalah kesihatan mental dan STD. Memandangkan saringan ini dilakukan sebelum adanya gejala, ia berguna untuk mengesan sebarang isu kesihatan yang tersembunyi pada peringkat awal.
Tidak dapat dinafikan bahawa saringan kesihatan mempunyai banyak faedah. Antaranya adalah:
* Ia membantu pesakit mengenal pasti sebarang risiko atau masalah yang beliau tidak tahu.
* Pengesanan awal boleh membantu menguruskan gejala secara efektif dan mengelakkan komplikasi. Ini akan meningkatkan kebarangkalian untuk menghasilkan kesihatan yang lebih baik.
* Jika anda mempunyai sejarah keturunan penyakit strok, diabetes atau penyakit jantung, saringan kesihatan boleh membantu mencegah masalah seperti ini dengan rawatan yang tepat pada masanya.
* Semakin umur meningkat, seseorang akan lebih mudah terdedah kepada faktor risiko yang melibatkan kehidupannya. Dengan pengesanan awal dan rawatan, beliau akan mendapat perlindungan terbaik terhadap penyakit-penyakit itu.
Mengekalkan tahap kesihatan yang baik adalah mustahak. Anda disarankan menjalani saringan kesihatan sekali setahun jika anda berumur 40 tahun ke atas dan sekali setiap dua tahun jika anda berumur di bawah 40 tahun.
Buat tempahan janji temu untuk PAKEJ SIHAT SYAWAL dengan HARGA ISTIMEWA RM79 di Megaklinik Zahran yang terdekat dengan anda sekarang!
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!
Klik pautan untuk tempahan temujanji seperti dibawah :