“APA MAKSUD TALASEMIA? ADAKAH IANYA PENYAKIT BERJANGKIT?” 🤔
Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas kerana terjadinya mutasi pada gen tersebut.
Hemoglobin adalah satu protein dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu dalam badan kita. Sebagai penyakit genetik, talasemia diturunkan kepada anak daripada kedua-dua ibu bapa yang membawa gen talasemia.
Ia bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air, atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.
Ujian/saringan penyakit talasemia dilakukan melalui ujian darah. Jom kami bantu anda untuk ujian saringan Talasemia di Zahran sekarang!
💻 megaklinikzahran.my
📲 https://wa.me/601126001739
#talasemia #ujian