PEMERIKSAAN KESIHATAN HAJI DAN UMRAH/ MEDICAL CHECK UP HAJI DAN UMRAH 2024/1445h
🕋 Pakej Pemeriksaan Kesihatan Haji & Umrah
Lengkap, Pantas & Diiktiraf – Megaklinik Zahran
Sedang merancang untuk menunaikan Haji atau Umrah?
Pastikan anda lengkapkan pemeriksaan kesihatan dengan mudah, cepat dan sah di Megaklinik Zahran – klinik pilihan ramai bakal jemaah di Malaysia.
✔ Klinik bertauliah dan berdaftar
✔ Lengkap Borang Pemeriksaan Kesihatan LKU
✔ Laporan boleh digunakan untuk permohonan visa
✔ Vaksinasi Umrah disediakan
Kami memahami keperluan jemaah – dari semakan kesihatan sehingga lengkap semua borang dengan cepat.
🕌 Siapa Yang Perlu Buat Pemeriksaan Ini?
✔ Bakal jemaah Haji yang mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji
✔ Jemaah Umrah melalui agensi pelancongan
✔ Warga emas atau pesakit kronik yang ingin semak tahap kesihatan sebelum berangkat
✔ Ibu bapa yang pergi bersama anak-anak
❓ Soalan Lazim (FAQ)
1. Berapa lama proses ini ambil masa?
Kebiasaannya selesai dalam 30–60 minit termasuk vaksin. Borang dan laporan disiapkan pada hari sama atau keesokan harinya.
2. Wajib ke ambil vaksin meningococcal?
Ya, vaksin ini diwajibkan untuk semua jemaah Haji & Umrah dan perlu dilampirkan dalam permohonan visa.
3. Boleh walk-in atau perlu temujanji?
Kami terima walk-in dan juga tempahan awal melalui WhatsApp untuk keselesaan anda.
Vaksin Influenza
• Paling baik diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah
• Selamat diambil kecuali individu yang mempunyai alahan kepada telur
• Individu yang berumur 50 tahun ke atas atau individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, penyakit paru-paru, penyakit ginjal, dan penyakit endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini
• Vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama satu (1) tahun
• Disyorkan mengambil dos penggalak setahun sekali untuk mengekalkan daya imuniti
Vaksin Pneumococcal
• Paling baik diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah
• Individu yang berumur 50 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, penyakit paru-paru, penyakit ginjal, dan penyakit endokrin disarankan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang paru-paru yang serius disebabkan oleh bakteria
• Radang paru-paru merupakan penyakit utama dalam kalangan kanak-kanak dan warga tua di Tanah Suci Mekah
• Vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama lima (5) tahun
📲 Tempah Pemeriksaan Haji & Umrah Anda Hari Ini
Megaklinik Zahran sedia membantu anda mempersiapkan kesihatan sebelum ke tanah suci.
Kami faham keperluan anda dan akan mudahkan urusan sepenuhnya, cepat dan sah.
📞 Klik butang WhatsApp untuk tempahan segera
📅 Temujanji fleksibel, termasuk hujung minggu
📍 Cawangan kami mesra jemaah, dengan staf berpengalaman
💫 Persiapan ibadah bermula dengan kesihatan yang sempurna.