Vaksinasi adalah cara yang mudah dan berkesan untuk mencegah penyakit berjangkit yang serius pada usia kanak-kanak dan akan membantu menguatkan imuniti mereka secara amnya sehingga mereka dewasa.
Temu janji vaksinasi anak anda biasanya bersama doktor Zahran, dan kadangkala salah seorang jururawat kami. Semasa suntikan vaksinasi, anda akan mempunyai masa untuk membincangkan sebarang pertanyaan atau kebimbangan, dan kebaikan dan keburukan yang berkaitan dengan vaksinasi yang diberikan.
Apakah vaksinasi utama yang perlu diberikan kepada anak saya?
Kebanyakan imunisasi yang kita terima diberikan semasa zaman kanak-kanak. Ada yang diberi sekali, manakala yang lain memerlukan vaksin tambahan atau booster untuk meningkatkan imuniti.
Beberapa imunisasi disediakan oleh KKM sebagai standard dan akan memberi perlindungan terhadap penyakit berjangkit seperti polio, campak, beguk, rubella, batuk kokol, dan banyak lagi. Terdapat banyak vaksin lain yang bukan sebahagian daripada jadual vaksinasi kanak-kanak rutin seperti vaksin cacar air, dan di sinilah kami Megaklinik Zahran mengambil peranan.