PEMBAYARAN
(a) TUNAI
Pelanggan boleh membuat pembayaran s elepas selesai mendapatkan khidmat rawatan di kaunter pembayaran / dispensary / farmasi. Pembayaran boleh dilakukan secara tunai, debit atau kredit.
(b) PANEL
Borang
Pesakit perlu mengisi borang panel dengan lengkap dan betul diruangan yang disediakan seperti nama penuh, no kad pengenalan, no pekerja, jabatan, dan tandatangan bagi memudahkan urusan pendaftaran dan pembayaran bil.
Kad Rawatan/Kad Insurans
Pesakit diwajibkan membawa bersama kad rawatan yang diberikan oleh pihak syarikat setiap kali datang untuk mendapatkan rawatan. Pesakit juga perlu melengkapkan borang panel sekiranya ada. Sebarang pengesahan atau maklumat mengenai panel boleh membuat pertanyaan di kaunter servis.
Had rawatan biasanya adalah berbeza-beza mengikut peringkat jawatan dalam organisasi.
Surat Jaminan
Pesakit diwajibkan untuk membawa bersama surat jaminan yang diberikan oleh pihak syarikat setiap kali datang untuk mendapatkan rawatan.
Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami di talian 03-89122524
“Kami Sedia Membantu Anda”