MEGAKLINIK ZAHRAN SANTUNI GELANDANGAN- UTUSAN MALAYSIA
Ruangan Akhbar Utusan Malaysia 14 Julai 2016
MEGAKLINIK ZAHRAN MENYANTUNI WARGA GELANDANGAN KUALA LUMPUR
Bersempena dengan kemulian bulan Ramadhan yang lalu, Megaklinik Zahran berkesempatan mengikuti aktiviti kemasyarakatan menyantuni golongan kurang bernasib baik, warga gelandangan disekitar Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Kumpulan Syarikat Azzahrah.
Menurut Ketua Pegawai Operasi, En. Nafidz Abd Razak yang turut sama menyertai aktiviti kemasyarakatan ini berkata aktiviti kemasyarakatan sebegini adalah simbolik kepada hikmah dari kemuliaan bulan ramadhan sendiri yang mendidik manusia untuk berlaku ihsan kepada insan yang kurang bernasib baik.
Malah beliau juga menambah penyertaan Megaklinik Zahran dalam misi kali ini adalah suatu manifestasi komitmen mereka untuk bersama sama mengembleng tenaga menyumbang semula kepada masyarakat di tanah air tercinta ini.